Monday 19 March 2012

Fenomena Tanah Runtuh


Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat daripada aktiviti manusia. Proses kajadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecil-kecilan dan perlahan, ianya mungkin kurang membahayakan ekosistem dikawasan berkenaan akan tetapi sekiranya fenomena ini berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, maka ianya akan memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan mungkin kehilangan nyawa manusia pada kawasan kajian.
 Tanah runtuh juga merupakan bencana alam yang paling berbahaya. Dalam dekad yang lalu,kejadian tanah runtuh dan risikonya telah cuba untuk dinilai dan taburan ruangan sebagai gambaran (Metternicht et al, 2005). Menurut Kanungo et al. (2006), fenomena tanah runtuh telah mewakili 4.89% daripada bencana alam yang berlaku di seluruh dunia semasa tahun 1990 hingga tahun 2005.

No comments:

Post a Comment