Wednesday, 28 March 2012

Faktor Kegagalan Cerun


2.5 Faktor kegagalan cerun
                FaKtor kegagalan cerun yang berlaku antara negara Malaysia sememangnya tidak banyak beza dangan negara lain yang juga mengalami kejadian tanah runtuh. Justeru itu, kejadian tanah runtuh juga salah satu contoh daripada kegagalan cerun. Menurut Ibrahim (1985/86), beliau telah memberikan pendapat berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh di Malaysia. Faktor pertama iaitu kejadian hujan lebat bagi suatu tempoh masa yang lama. Kedua, perubahan sifat bahan bumi melalui proses geomorfologi. Ketiga, ketakselanjaran satah batuan dan kelima iaitu hakisan tanih oleh tindakan air hujan dan air larian. Menurut Bujang et al. (2008), beliau berpendapat bahawa kebanyakan tanah runtuh yang berlaku di Malaysia adalah berlaku dari bulan September hingga januari kerana jumlah dan kejadian yang dicatatkan dikebanyakan tempat dinegara ini adalah tinggi dan kerap berlaku dalam tempoh tersebut. Oleh yang demikian, kejadian tanah runtuh berlaku bukan kerana sebab tunggal. Topo & varnes (1996) telah menjelaskan bahawa tanah runtuh boleh dicetuskan oleh hujan, gempa bumi, letusan gunung berapi, perubahan aras air bawah tanah, gangguan dan penukaran profil cerun oleh aktiviti pembinaan. Pendapat ini disokong oleh NW, Chan, (1997,1998,1999), Main Rindam (1996) dan Tongkat Biskop (1986) yang mengatakan bahawa tanah runtuh tidak berlaku secara semulajadi tetapi ia adalah kesan daripada tindakan manusia sendiri. Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kejadian tanh runtuh dalam sesebuah kawasan dan ianya adalah seperti yang berikut:

2.5.1      Graviti 
                Graviti merupakan daya yang bertindak di mana-mana sahaja di atas permukaan bumi. Oleh itu, daya graviti bertindak dengan menarik sesuatu itu ke arah tengah bumi. Justeru itu, pada permukaan yang rata, daya gravitinya bertindak ke bawah. Oleh yang demikian, sesuatu bahan yang terdapat pada permukaan rata tidak akan bergerak disebabkan oleh daya tarikan graviti. Manakala, pada permukaan yang bercerun, daya graviti boleh diselesaikan dengan menggunakan dua komponen iaitu komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun.

 .
               
2.5.2      Pengaruh jenis tanah
Secara amnya, ciri bahan utama yang akan menentukan jenis tanah adalah berupa agihan ( penggredan ), saiz zarah dan keplastikan. Justeru itu, ciri-ciri agihan saiz zarah dan keplastikan boleh ditentukan sama ada dengan melakukan ujian makmal atau melalui pemerhatian insane yang mudah. Manakala ciri-ciri sekunder bahan adalah seperti warna dan bentuk tanah, tekstur, serta kandungan zarah. Perbezaan antara perihalan dan pengelasan tanah amat penting untk diketahui. Dalam perihalan tanah, ianya termasuklah perincian tentang ciri-ciri bahan dan jisim. Oleh yang demikian, adalah terlalu mustahil untuk dua tanah mempunyai perihalan yang serupa. Berdasarkan kepada perihalan yang terkandung dalam BS 5930 ( 1.3 ), mengikut piawaian jenis tanah yang asas adalah batu tongkol, batu bundar, kerikil, pasir, kelodak dan tanah liat. Oleh yang demikian, kesemua jenis tanah ini di takrif berpandukan julat saiz zarah masing-masing.
               

               
                2.5.3      keadaan air dalam tanah
Dalam hal ini, kesemua tanah ialah bahan boleh telap dengan air bebas mengalir melalui liang-liang yang bersambung di antara zarah-zarah pepejal. Justeru itu, tekanan air liang diukur relative kepada tekanan atmosfera dan aras yang mempunyai tekanan atmosfera ( iaitu sifar ) yang mana ianya ditakrifkan sebagai aras air bumi atau permukaan air bumi. Tanah yang berada di bawah aras air bumi dianggap sebagai keadaan tepu sepenuhnya walaupun kadang-kadang derjah ketepuannya kurang sedikit daaripada 100 peratus. Ini kerana ianya terdapat peningkatan paras air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang yang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Oleh yang demikian, ianya boleh menyebabkan kelemahan daya tarikan pada struktur tanah.

               

2.5.4      Geometri cerun
Menyentuh kepada faktor geometri cerun pula, geometri cerunadalah dimana keadaan yang melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut. Dahal et al. (2008) dan Avanzi et al. (2004) mengkategorikan kecerunan cerun kepada 4 kumpulan: 30–35, 35-40, 40-45 dan lebih daripada 45˚; setelah diperhatikan, secara amnya daripada keputusan analisis ianya meunjukkan bahawa kecerunan cerun antara 40-45˚ mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap kejadian tanah runtuh.  Geometri cerun pula merangkumi ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga bilangan lereng yang terdapat pada cerun tersebut. Justeru itu, setiap aspek geometri cerun ini akan mempengaruhi kestabilan cerun tersebut. Selain itu, sudut cerun juga seharusnya diketahui dan dikenalpasti. Oleh yang demikian, keadaan cerun yang amat curam merupakan cerun yang sangat mudah untuk berlakunya masalah kegagalan cerun seperti kejadian tanah runtuh. Contohyna seperti rajah dibawah:

               
2.5.5      Tanaman pada cerun
Secara amnya, tanaman yang terdapat pada cerun juga mempangaruhi akan presos kejadian tanah runtuh. Dalam hal ini, tanaman pada cerun merupakan suatu lapisan tutup bumi yang mampu untk mengawal hakisan pada permukaan cerun seterusnya dapat mengukuhkan struktur tanah pada cerun. Selain itu, tanaman pada cerun juga bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan mewujudkan struktur perlekatan di antara akar tumbuhan dengan partikel-partikel tanah. Justeru itu, akar tumbuhan akan bertindak dengan tumbuh jauh ke dalam tanah den bertindak seperti penahan yang menahan permukaan tanah cerun daripada menggelongsor dan juga ianya akan menyerap momentum jatuhan air hujan daripada jatuh terus ke permukaan tanah seperti tumbuhan kekacang. Ini seterusnya akan dapat mengawal kuantiti dan aliran air permukaan kerana aliran tersebut diserap oleh tanaman yang terdapat pada cerun membolehkan kesan hakisan pada permukaan cerun dapat dikurangkan. Contoh jenis tanaman tutup bumi yang sering ditanam pada permukaan cerun iaitu rumput jenis Vertiveria Zizanoides, Axoponus Compressus.
               
            2.5.6      Kesan alam semulajadi
Secara amnya, kesan daripada kitaran atau proses alam semulajadi, ianya sangat mempengaruhi dan mempunyai hubungkait dengan ketidakstabilan terhadap cerun. Seperti perubahan cuaca dan musim pada Negara Malaysia sendiri. Dalam hal ini, keadaan cuaca yang panas dan kering yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya keretakan terhadap permukaan tanah. Justeru itu, permukaan tanah dan batuan yang retak akan lebih terdedah kepada agen luluhawa dan hakisan yang bertindak dengan memasuki setiap rekahan tersebut.
Selain itu, kadar hujan curahan hujan tahunan juga merupakan salah satu keriteria yang penting dalam memastikan permukaan cerun yang stabil disesuatu kawasan bukit. Ini kerana setiap bukit menerima jumlah curahan yang berbeza antara satu sama lain. Di sesetengah kawasan pula mengalami taburan hujan yang rendah akan tetapi ianya berlaku dalam tempoh masa yang lama manakala terdapat sesetengah yang menerima hujan yang lebat tetapi berlaku dalam masa yang singkat.  Oleh yang demikian, berkenaan dengan hal tersebut, kawasan permukaan cerun yang menerima hujan yang lebat adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan cerun berbanding dengan kawasan yang menerima jumlah hujan yang rendah. Hal ini juga berlaku kerana ketepuan air dalam tanah bertambah dengan pertambahan peresapan air hujan yang pesat. Oleh itu, perkara ini amat mempengaruhi akan proses kegagalan cerun di sesebuah kawasan cerun.
Seterusnya,  fenomena gempa bumi juga boleh mengganggu akan kestabilan sesebuah cerun. Dalam hal ini, jika gempa bumi melanda semasa hujan turun, maka faktor keselamatan akan lebih berkurang dan cerun akan menjadi lebih tidak stabil. Justeru itu, gegaran tanah yang kuat juga akan meningkatkan tegasan ricih dalam tanih. Ini kerana kesan daripada frekuensi dan

magnitud gempa bumi boleh mengatasi daya lekatan pada tanah dan struktur penahannya. Selain itu, pergerakan zarah tanah akan lebih cenderung untuk bergerak ke bawah. Secara amnya, Negara Malaysia adalah salah satu Negara yang terselamat daripada kawasan lingkaran gunung berapi pasifik. Oleh yang demikian, faktor gempa bumi bukanlah faktor yang besar dalam kegagalan cerun bagi negara Malaysia. 
               
2.5.7      Sistem saliran
Pembinaan sistem saliran merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam aspek kestabilan cerun. Sistem saliran yang baik akan dapat menyalurkan air larian permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik. Justeru itu, Peranan sistem saliran bagi permukaan cerun adalah amat penting khususnya pada waktu musim hujan. Ini kerana kesan daripada aliran air permukaan boleh mewujudkan hakisan pada cerun dengan membawa tanah menuruni permukaan cerun. Walaupun hujan lebat, tidak semua air tersebut akan menuruni cerun. Ini kerana sebahagian daripada air larian permukaan akan diserap oleh tanah dan ini seterusnya akan menambahkan lagi  jumlah kandungan air dalam tanah tersebut. Namun begitu, resapan air tadi akan manyebabkan pertambahan tekanan air liang dan seterusnya menambahkan tegasan ricih dalam tanah. Hal ini boleh melemahkan ikatan daya terhadap partikel tanah di lereng-lereng bukit. Oleh yang demikian, kesan daripada sistem saliranyang tidak sistematik akan menyumbang kepada masalah kegagalan cerun terhadap sesebuah kawasan bukit-bukau.
               
             2.5.8      Pengaruh hakisan
Proses hakisan juga mempengaruhi kepada masalah kegagalan cerun. Dalam hai ini, hakisan yang berlaku boleh mengubah landskap permukaan cerun. Terdapat beberapa perkara yang menjadi agen hakisan iaitu air larian permukaan, arus sungai, ombak, pencarian glasier dan pergerakan cerun itu sendiri. Dalam hal ini, agen hakisan seperti larian air permukaan bertindak dengan menghakis permukaan cerun dan membawa bersama aliran lumpur dan tanah kemudian ianya akan menjadi lebih buruk apabila aliran ini terjadi dalam kuantiti yang besar dan kederasan yang melampau. Selain itu, sebahagian air larian permukaan akan diserap oleh permukaan tanah dan ini boleh melemahkan ikatan antara partikel-partikel tanah pada permukaan cerun. Ini menyebabkan aliran lumpur akan menjadi lebih teruk. Proses ini berlaku kerana aliran lumpur akan menghakis tanah dan membawanya sekali menuruni cerun tersebut. Terdapat beberapa bentuk hakiasan yang biasa didengar iaitu seperti sheet, rill, gully, mass dan fretting. Oleh yang demikian, proses hakisan pada cerun ini dapat dikurangkan dengan menanam tanaman tutup bumi dan di sertakan dengan pembinaan sistem saliran yang baik pada permukaan cerun berkenaan.

2 comments: