2.5 Faktor kegagalan cerun
FaKtor
kegagalan cerun yang berlaku antara negara Malaysia sememangnya tidak banyak
beza dangan negara lain yang juga mengalami kejadian tanah runtuh. Justeru itu,
kejadian tanah runtuh juga salah satu contoh daripada kegagalan cerun. Menurut
Ibrahim (1985/86), beliau telah memberikan pendapat berkenaan dengan faktor
yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh di Malaysia. Faktor pertama iaitu
kejadian hujan lebat bagi suatu tempoh masa yang lama. Kedua, perubahan sifat
bahan bumi melalui proses geomorfologi. Ketiga, ketakselanjaran satah batuan
dan kelima iaitu hakisan tanih oleh tindakan air hujan dan air larian. Menurut
Bujang et al. (2008), beliau
berpendapat bahawa kebanyakan tanah runtuh yang berlaku di Malaysia adalah
berlaku dari bulan September hingga januari kerana jumlah dan kejadian yang
dicatatkan dikebanyakan tempat dinegara ini adalah tinggi dan kerap berlaku
dalam tempoh tersebut. Oleh yang demikian, kejadian tanah runtuh berlaku bukan
kerana sebab tunggal. Topo & varnes (1996) telah menjelaskan bahawa tanah
runtuh boleh dicetuskan oleh hujan, gempa bumi, letusan gunung berapi,
perubahan aras air bawah tanah, gangguan dan penukaran profil cerun oleh aktiviti
pembinaan. Pendapat ini disokong oleh NW, Chan, (1997,1998,1999), Main Rindam
(1996) dan Tongkat Biskop (1986) yang mengatakan bahawa tanah runtuh tidak
berlaku secara semulajadi tetapi ia adalah kesan daripada tindakan manusia
sendiri. Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kejadian tanh runtuh dalam
sesebuah kawasan dan ianya adalah seperti yang berikut:
2.5.1 Graviti
Graviti
merupakan daya yang bertindak di mana-mana sahaja di atas permukaan bumi. Oleh
itu, daya graviti bertindak dengan menarik sesuatu itu ke arah tengah bumi.
Justeru itu, pada permukaan yang rata, daya gravitinya bertindak ke bawah. Oleh
yang demikian, sesuatu bahan yang terdapat pada permukaan rata tidak akan
bergerak disebabkan oleh daya tarikan graviti. Manakala, pada permukaan yang
bercerun, daya graviti boleh diselesaikan dengan menggunakan dua komponen iaitu
komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun dan komponen yang
bertindak segaris dengan permukaan cerun.
2.5.2 Pengaruh
jenis tanah
Secara amnya, ciri bahan utama yang akan menentukan jenis
tanah adalah berupa agihan ( penggredan ), saiz zarah dan keplastikan. Justeru
itu, ciri-ciri agihan saiz zarah dan keplastikan boleh ditentukan sama ada
dengan melakukan ujian makmal atau melalui pemerhatian insane yang mudah.
Manakala ciri-ciri sekunder bahan adalah seperti warna dan bentuk tanah,
tekstur, serta kandungan zarah. Perbezaan antara perihalan dan pengelasan tanah
amat penting untk diketahui. Dalam perihalan tanah, ianya termasuklah perincian
tentang ciri-ciri bahan dan jisim. Oleh yang demikian, adalah terlalu mustahil
untuk dua tanah mempunyai perihalan yang serupa. Berdasarkan kepada perihalan
yang terkandung dalam BS 5930 ( 1.3 ), mengikut piawaian jenis tanah yang asas
adalah batu tongkol, batu bundar, kerikil, pasir, kelodak dan tanah liat. Oleh
yang demikian, kesemua jenis tanah ini di takrif berpandukan julat saiz zarah
masing-masing.
2.5.3 keadaan air dalam tanah
Dalam hal ini, kesemua tanah ialah bahan boleh telap dengan
air bebas mengalir melalui liang-liang yang bersambung di antara zarah-zarah
pepejal. Justeru itu, tekanan air liang diukur relative kepada tekanan
atmosfera dan aras yang mempunyai tekanan atmosfera ( iaitu sifar ) yang mana
ianya ditakrifkan sebagai aras air bumi atau permukaan air bumi. Tanah yang
berada di bawah aras air bumi dianggap sebagai keadaan tepu sepenuhnya walaupun
kadang-kadang derjah ketepuannya kurang sedikit daaripada 100 peratus. Ini
kerana ianya terdapat peningkatan paras air bumi dan seterusnya pertambahan
tekanan air liang yang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Oleh
yang demikian, ianya boleh menyebabkan kelemahan daya tarikan pada struktur
tanah.
2.5.4 Geometri
cerun
Menyentuh kepada faktor geometri cerun pula, geometri
cerunadalah dimana keadaan yang melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut.
Dahal et al. (2008) dan Avanzi et al. (2004) mengkategorikan kecerunan
cerun kepada 4 kumpulan: 30–35, 35-40, 40-45 dan lebih daripada 45˚; setelah
diperhatikan, secara amnya daripada keputusan analisis ianya meunjukkan bahawa
kecerunan cerun antara 40-45˚ mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap kejadian
tanah runtuh. Geometri cerun pula
merangkumi ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga
bilangan lereng yang terdapat pada cerun tersebut. Justeru itu, setiap aspek
geometri cerun ini akan mempengaruhi kestabilan cerun tersebut. Selain itu,
sudut cerun juga seharusnya diketahui dan dikenalpasti. Oleh yang demikian,
keadaan cerun yang amat curam merupakan cerun yang sangat mudah untuk
berlakunya masalah kegagalan cerun seperti kejadian tanah runtuh. Contohyna
seperti rajah dibawah:
2.5.5 Tanaman
pada cerun
Secara amnya, tanaman yang terdapat pada cerun juga
mempangaruhi akan presos kejadian tanah runtuh. Dalam hal ini, tanaman pada
cerun merupakan suatu lapisan tutup bumi yang mampu untk mengawal hakisan pada
permukaan cerun seterusnya dapat mengukuhkan struktur tanah pada cerun. Selain
itu, tanaman pada cerun juga bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan
mewujudkan struktur perlekatan di antara akar tumbuhan dengan partikel-partikel
tanah. Justeru itu, akar tumbuhan akan bertindak dengan tumbuh jauh ke dalam
tanah den bertindak seperti penahan yang menahan permukaan tanah cerun daripada
menggelongsor dan juga ianya akan menyerap momentum jatuhan air hujan daripada
jatuh terus ke permukaan tanah seperti tumbuhan kekacang. Ini seterusnya akan
dapat mengawal kuantiti dan aliran air permukaan kerana aliran tersebut diserap
oleh tanaman yang terdapat pada cerun membolehkan kesan hakisan pada permukaan
cerun dapat dikurangkan. Contoh jenis tanaman tutup bumi yang sering ditanam
pada permukaan cerun iaitu rumput jenis Vertiveria
Zizanoides, Axoponus Compressus.
2.5.6 Kesan alam semulajadi
Secara amnya, kesan daripada kitaran atau proses alam
semulajadi, ianya sangat mempengaruhi dan mempunyai hubungkait dengan
ketidakstabilan terhadap cerun. Seperti perubahan cuaca dan musim pada Negara
Malaysia sendiri. Dalam hal ini, keadaan cuaca yang panas dan kering yang
berterusan boleh menyebabkan berlakunya keretakan terhadap permukaan tanah.
Justeru itu, permukaan tanah dan batuan yang retak akan lebih terdedah kepada
agen luluhawa dan hakisan yang bertindak dengan memasuki setiap rekahan
tersebut.
Selain itu, kadar hujan curahan hujan tahunan juga merupakan
salah satu keriteria yang penting dalam memastikan permukaan cerun yang stabil
disesuatu kawasan bukit. Ini kerana setiap bukit menerima jumlah curahan yang
berbeza antara satu sama lain. Di sesetengah kawasan pula mengalami taburan
hujan yang rendah akan tetapi ianya berlaku dalam tempoh masa yang lama
manakala terdapat sesetengah yang menerima hujan yang lebat tetapi berlaku
dalam masa yang singkat. Oleh yang
demikian, berkenaan dengan hal tersebut, kawasan permukaan cerun yang menerima
hujan yang lebat adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan
cerun berbanding dengan kawasan yang menerima jumlah hujan yang rendah. Hal ini
juga berlaku kerana ketepuan air dalam tanah bertambah dengan pertambahan
peresapan air hujan yang pesat. Oleh itu, perkara ini amat mempengaruhi akan
proses kegagalan cerun di sesebuah kawasan cerun.
Seterusnya, fenomena
gempa bumi juga boleh mengganggu akan kestabilan sesebuah cerun. Dalam hal ini,
jika gempa bumi melanda semasa hujan turun, maka faktor keselamatan akan lebih
berkurang dan cerun akan menjadi lebih tidak stabil. Justeru itu, gegaran tanah
yang kuat juga akan meningkatkan tegasan ricih dalam tanih. Ini kerana kesan
daripada frekuensi dan
magnitud gempa bumi boleh mengatasi daya lekatan pada tanah
dan struktur penahannya. Selain itu, pergerakan zarah tanah akan lebih
cenderung untuk bergerak ke bawah. Secara amnya, Negara Malaysia adalah salah
satu Negara yang terselamat daripada kawasan lingkaran gunung berapi pasifik.
Oleh yang demikian, faktor gempa bumi bukanlah faktor yang besar dalam
kegagalan cerun bagi negara Malaysia.
2.5.7 Sistem
saliran
Pembinaan sistem saliran merupakan salah satu perkara yang
paling penting dalam aspek kestabilan cerun. Sistem saliran yang baik akan
dapat menyalurkan air larian permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik.
Justeru itu, Peranan sistem saliran bagi permukaan cerun adalah amat penting
khususnya pada waktu musim hujan. Ini kerana kesan daripada aliran air
permukaan boleh mewujudkan hakisan pada cerun dengan membawa tanah menuruni
permukaan cerun. Walaupun hujan lebat, tidak semua air tersebut akan menuruni
cerun. Ini kerana sebahagian daripada air larian permukaan akan diserap oleh
tanah dan ini seterusnya akan menambahkan lagi jumlah kandungan air dalam tanah tersebut.
Namun begitu, resapan air tadi akan manyebabkan pertambahan tekanan air liang
dan seterusnya menambahkan tegasan ricih dalam tanah. Hal ini boleh melemahkan
ikatan daya terhadap partikel tanah di lereng-lereng bukit. Oleh yang demikian,
kesan daripada sistem saliranyang tidak sistematik akan menyumbang kepada
masalah kegagalan cerun terhadap sesebuah kawasan bukit-bukau.
2.5.8 Pengaruh hakisan
Proses hakisan juga mempengaruhi kepada masalah kegagalan
cerun. Dalam hai ini, hakisan yang berlaku boleh mengubah landskap permukaan
cerun. Terdapat beberapa perkara yang menjadi agen hakisan iaitu air larian
permukaan, arus sungai, ombak, pencarian glasier dan pergerakan cerun itu
sendiri. Dalam hal ini, agen hakisan seperti larian air permukaan bertindak
dengan menghakis permukaan cerun dan membawa bersama aliran lumpur dan tanah
kemudian ianya akan menjadi lebih buruk apabila aliran ini terjadi dalam
kuantiti yang besar dan kederasan yang melampau. Selain itu, sebahagian air
larian permukaan akan diserap oleh permukaan tanah dan ini boleh melemahkan
ikatan antara partikel-partikel tanah pada permukaan cerun. Ini menyebabkan
aliran lumpur akan menjadi lebih teruk. Proses ini berlaku kerana aliran lumpur
akan menghakis tanah dan membawanya sekali menuruni cerun tersebut. Terdapat
beberapa bentuk hakiasan yang biasa didengar iaitu seperti sheet, rill, gully, mass dan fretting.
Oleh yang demikian, proses hakisan pada cerun ini dapat dikurangkan dengan menanam
tanaman tutup bumi dan di sertakan dengan pembinaan sistem saliran yang baik
pada permukaan cerun berkenaan.